AI DRIVEN TRANSFORMATION : Building A High Efficiency Workplace Culture In State Economic Development Corporation

  • Cadangan Tarikh : 6 – 8 Mei 2026

  • Masa : 2 hari (fizikal)

  • Tempat : Hotel Mercure, Pulau Pinang

  • Jumlah peserta : 30 pax (maksimum)

  • Bahasa penghantar : Bahasa Melayu

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri berperanan penting dalam merangsang pertumbuhan wilayah dan meningkatkan daya saing industri. Namun, cabaran seperti kekangan sumber, keperluan pelaporan yang tinggi serta perubahan keperluan pihak berkepentingan memerlukan pendekatan baharu.

Kursus ini akan memberi pendedahan bagaimana AI boleh meningkatkan kecekapan operasi, mengurangkan beban kerja pentadbiran, dan membolehkan warga kerja menumpukan pada tugas strategik bernilai tinggi. Peserta juga akan meneroka transformasi budaya kerja – daripada gaya pengurusan berasaskan silo kepada pasukan kolaboratif yang mahir digital serta adaptif.

Kursus ini bertujuan untuk membekalkan peserta dengan pengetahuan dan kemahiran praktikal dalam memanfaatkan Kecerdasan Buatan (AI) bagi mengoptimumkan proses kerja, meningkatkan kecekapan operasi, serta membentuk budaya kerja yang berdaya saing, kolaboratif dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.

  1. Pengurusan kanan dan pertengahan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN)
  2. Ketua-ketua jabatan dan unit (kewangan, pelaburan, sumber manusia, operasi, ICT, pembangunan perniagaan)
  3. Pegawai perancang dasar dan pengurus projek
  4. Pegawai yang bertanggungjawab terhadap inovasi, transformasi organisasi dan pendigitalan

Di akhir kursus, peserta akan dapat :

  1. Memahami aplikasi AI dalam meningkatkan kecekapan operasi.
  2. Mengenalpasti peluang automasi dan penambahbaikan aliran kerja
  3. Menghargai kepentingan perubahan budaya ke arah pasukan yang kolaboratif dan digital-savvy
  4. Merangka pelan pembangunan bakat untuk tenaga kerja masa depan
  5. Menghasilkan pelan awal transformasi budaya kerja berasaskan AI untuk organisasi masing-masing
  1. Syarahan Interaktif – Penerangan konsep dan perkongsian kajian kes
  2. Bengkel Amali – Latihan praktikal menggunakan alatan AI dan reka bentuk semula kerja
  3. Perbincangan Kumpulan – Sesi menyelesaikan masalah bersama
  4. Kajian Kes – Analisis contoh organisasi yang berjaya mengguna AI
  5. Simulasi / Main Peranan – Merekabentuk pelan transformasi budaya kerja berasaskan AI

Hari Pertama – Kecekapan Operasi dengan AI

  • Modul 1 : Pengenalan Asas AI untuk Agensi Negeri
  • Modul 2 : Automasi Proses Rutin (Kewangan, HR, Perolehan, Pelaporan)
  • Modul 3 : AI dalam Sokongan Keputusan Polisi & Pelaburan
  • Kajian Kes : Transformasi Digital PKEN Dalam & Luar Negara
  • Bengkel 1 : Mengenalpasti “Bottleneck” Kecekapan Dalam Organisasi

Hari Kedua – Budaya Kerja & Pembangunan Bakat

  • Modul 4 :  Dari Silo ke Kolaborasi – Perubahan Budaya Kerja Era AI
  • Modul 5 : Literasi Digital & Pemerkasaan Bakat AI Dalam Organisasi
  • Modul 6 : Strategi Mengurus Perubahan & Menangani Penentangan
  • Bengkel 2 : Reka bentuk Pelan Pembangunan Bakat AI
  • Simulasi : Membangun “Blueprint” Budaya Kerja Berasaskan AI

Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam latihan korporat dan pembangunan profesional, Haji Mohamad Kamil Bin Haji Rohman merupakan seorang jurulatih utama yang diiktiraf dalam bidang kepimpinan, inovasi berasaskan AI, dinamik pasukan, strategi pemasaran digital, dan kecemerlangan khidmat pelanggan.

Beliau dikenali atas impak transformasi dalam budaya organisasi dan pertumbuhan individu. Pendekatan beliau menggabungkan prinsip korporat tradisional dengan analitik AI terkini, memastikan organisasi dan pasukan kekal berdaya saing, inovatif, dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.

Haji Kamil percaya bahawa pembelajaran seharusnya menjadi perjalanan transformasi. Program beliau bukan sahaja memberi ilmu, malah menginspirasikan peserta untuk menerima perubahan, menguasai pertumbuhan kendiri, dan memacu inovasi.

Dengan pengalaman melatih daripada peringkat kakitangan sehingga eksekutif tertinggi, beliau memastikan setiap sesi praktikal, interaktif, dan memberikan nilai sebenar kepada organisasi.

Sorotan Klien (2024)

Antara organisasi yang telah mendapat manfaat daripada kepakaran beliau adalah :

  1. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP/EPF)
  2. Petron Malaysia
  3. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
  4. North Port Berhad
  5. Sime Darby Swedish Auto Sdn Bhd
  6. Malaysia Petroleum Development Corporation
  7. University College TATI (UC TATI)
  8. Todak Academy Sdn Bhd
  9. Rangkaian Hotel Seri Malaysia Sdn Bhd

Latar Belakang Akademik

  1. Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA), Universiti Malaysia Pahang (2023)
  2. Diploma Perakaunan, Universiti Teknologi MARA (2005)

Bidang Latihan Utama

  1. Dinamik Pasukan Bersepadu AI
  • Sinergi Pasukan Berkuasa AI – Meningkatkan kerjasama dengan alat AI terkini
  • Kaizen dengan AI – Penambahbaikan berterusan untuk kecemerlangan pasukan
  • Pasukan Agile – Gabungan kecerdasan manusia & AI untuk inovasi dan adaptasi
  1. Pembangunan Kepimpinan
  • Kepimpinan Berasaskan Empati – Mengurus cabaran organisasi dengan EQ
  • Empat Elemen Kepimpinan – Integrasi elemen Air, Api, Angin, Bumi
  • Kepimpinan Masa Depan – Bersedia menghadapi tenaga kerja hibrid & digital
  1. Kecemerlangan Khidmat Pelanggan
  • AI dalam Khidmat Pelanggan – Automasi dengan sentuhan peribadi
  • Kecerdasan Emosi dalam Layanan – Keseimbangan manusia & teknologi
  • Menangani Pelanggan Sukar Era Digital – Strategi praktikal berasaskan data
  1. Pemasaran Dalam Dunia Digital
  • Penguasaan Media Sosial – Engagement pelanggan menggunakan AI
  • Pemasaran Ramalan – Meramalkan trend & tingkah laku pengguna
  • Penciptaan Kandungan AI – Gabungan data & kreativiti dalam pemasaran
  1. Kemahiran Insaniah Masa Depan
  • EQ Diperkasa AI – Membina hubungan kerja lebih kukuh.
  • Adaptasi di Tempat Kerja Digital – Bertahan dalam perubahan pesat
  • Soft Skills Masa Depan – Daya tahan & kreativiti berasaskan AI

Kompetensi Utama

  1. Kecemerlangan Latihan – Reka bentuk & penyampaian program interaktif yang berimpak tinggi
  2. Inovasi AI – Integrasi AI dalam produktiviti, pemasaran & khidmat pelanggan
  3. Pembangunan Kepimpinan – Membentuk kepimpinan berasaskan empati & daya adaptasi
  4. Pendekatan Berpusatkan Pelanggan – Gabungan EQ & AI untuk kepuasan pelanggan
  5. Fasilitasi Strategik – Mengurus dinamik kumpulan secara inklusif & berkesan
  6. Penilaian Prestasi – Mengukur keberkesanan latihan secara data-driven
  7. Kepakaran Pemasaran – Strategi pemasaran berasaskan data & digital

Pencapaian & Impak

  1. Produktiviti Organisasi Dipertingkat – Penggunaan AI untuk mengoptimumkan kerja
  2. Pengalaman Pelanggan Lebih Baik – Gabungan AI & EQ dalam khidmat pelanggan
  3. Pemasaran Digital Berjaya – Bimbingan dalam analitik ramalan & kempen AI
  4. Pemerkasaan Belia – Latihan soft skills & AI-driven tools untuk tenaga kerja masa depan

Sehingga 30 pax

Pakej Termasuk :

  1. Yuran peserta
  2. Yuran jurulatih
  3. Nota pembelajaran
  4. Sijil kehadiran
  5. Kos pentadbiran

Hari Pertama – Kecekapan Operasi dengan AI

Masa Kandungan
8:00 am Pendaftaran
8.30 am Ucapan Alu-aluan
8.45 am Sesi Bergambar
9:00 am Modul 1: Pengenalan Asas AI untuk Agensi Negeri
10.15 am Minum pagi
10.45 am Modul 2 : Automasi Proses Rutin (Kewangan, HR, Perolehan, Pelaporan)                
12.15 pm Makan Tengah Hari / Rehat / Solat
2:00 pm Modul 3 : AI dalam Sokongan Keputusan Polisi & Pelaburan
3:00 pm Minum petang
3:30 pm Kajian Kes : Transformasi Digital PKEN Dalam & Luar Negara
4.30 pm Bengkel 1 : Mengenalpasti Bottleneck Kecekapan Dalam Organisasi
5:30 pm Rumusan & Refleksi
Tamat Hari Pertama

Hari Kedua – Budaya Kerja & Pembangunan Bakat

Masa Kandungan
9:00 am Modul 4 : Dari Silo ke Kolaborasi – Perubahan Budaya Kerja Era AI
10.00 am Minum pagi
10.30 am Modul 5 : Literasi Digital & Pemerkasaan Bakat AI Dalam Organisasi
12.15 pm Makan Tengah Hari / Rehat / Solat
2:00 pm Modul 6 : Strategi Mengurus Perubahan & Menangani Penentangan
3:00 pm Minum petang
3:30 pm Bengkel 2 : Rekabentuk Pelan Pembangunan Bakat AI
4.30 pm Simulasi : Membangun “Blueprint” Budaya Kerja Berasaskan AI
5.30 pm Sesi penutup
Tamat Program
Go to Top